Friday, 9 October 2015

Manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan.



Contoh yang ada dalam Al-quran tentang salah satu teguran Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. (Rasulullah juga melakukan kesalahan namun kesalahannya itu tidak berdosa)

Surah Abasa (Ayat 1-11) : 
Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, (1) karena telah datang seorang buta kepadanya. (2) tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), (3) atau Dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? (4) Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, (5) Maka kamu melayaninya. (6) Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau Dia tidak membersihkan diri (beriman). (7) dan Adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), (8) sedang ia takut kepada (Allah), (9) Maka kamu mengabaikannya. (10) sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan (11)

Jalan cerita :
Sewaktu Nabi Muhammad SAW mula berdakwah di Makkah, baginda merasakan bahawa Islam akan lebih mudah tersebar jika lebih ramai golongan kaya dan bangsawan memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, suatu hari, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berdakwah kepada golongan bangsawan, tiba-tiba datanglah Abdullah Bin Ummi Maktum, seorang yang buta dan miskin kepada Nabi Muhammad SAW bertanyakan tentang Islam. Nabi Muhammad SAW tidak melayaninya, sebaliknya meneruskan dakwahnya kepada golongan bangsawan tersebut. Lalu, Allah SWT menurunkan Surah A’basa sebagai teguran terhadap sikapnya.
Dan ketika turun ayat-ayat di atas, Nabi Muhammad SAW terus segera melayani permintaan sahabatnya itu. Bahkan Abdullah bin Ummi Maktum ra. sendiri setelah kejadian itu tidak berasa kecil hati, sebaliknya beliau malah merasa bangga. Ini kerana disebabkan dirinya, seorang nabi telah ditegur Tuhannya.
Sampai ketika perang Qadisiyah sepeninggalan Rasulullah SAW, sahabat nabi yang buta ini mempunyai permintaan untuk membawa bendera umat Islam di medan tempur. Ketika para panglima perang menolaknya kerana beliau seorang tuna netra, beliau pun mengeluarkan ancaman yang tidak boleh dibantah. “Apakah kalian menolak permintaanku, padahal Rasulullah SAW ketika dahulu menolak permintaanku, langsung ditegur Allah?”. Maka bendera itu pun diserahkan kepadanya, meskipun beliau seorang yang buta.

Pengajaran :
Surah ini juga secara umumnya mengajar umat Islam agar tidak memilih kasih di dalam berdakwah dan tidak menjadikan harta, pangkat, bangsa, keturunan sebagai ukuran kemuliaan seseorang. Yang paling mulia di kalangan manusia ialah golongan yang bertaqwa.

No comments:

Post a Comment