
Assalamualaikum w.b.t
Apabila kita membincangkan isu berkenaan Taqwa, sering kali ianya dikaitkan dgn amal ibadah, dosa dan pahala. Tetapi adakah ianya mencukupi?
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
(Surah Al-Hujurat: ayat 13)
Maksudnya :
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Huraian
Di dalam surah ini ada menyatakan bahawa Allah s.w.t tidak akan memandang seseorang itu dari segi rupa paras, warna kulit, harta dan jantina tetapi hanyalah TAQWA iaitu beriman kepadaNya. Dan masih lagi ada di kalangan masyarakat Islam yang keliru dengan Taqwa. apakah mencukupi dengan sekadar melakukan solat lima waktu sehari semalam? jawapannya tidak sama sekali. Islam menekankan tidak hanya beribadah kepada Allah s.w.t bahkan kita juga disarankan menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari melakukan perkara yang diharamkan. kita juga perlu sentiasa nasihat menasihati antara satu sama lain.
Orang yang bertaqwa ini ada beberapa kriteria yang disebut dalam Al-quran.
Maksudnya :
"Demi masa[1]. Sungguh, manusia berada dalam kerugian[2], kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran[3]".
Huraian
Surah ini menekankan tentang masa yang dihabiskan dalam kehidupan seharian dimana betapa manusia ni di dalam kerugian kerana yang paling penting dan dipandang disisi Allah s.w.t adalah orang yang bertaqwa (seperti huraian diatas).
Orang yang bertaqwa ini ada beberapa kriteria iaitu (1) Beriman kepada Allah,(2) melakukan amal soleh, (3) berpesan dengan kebenaran dan (4) berpesan dengan kesabaran. Jika ini dapat diamalkan. saya percaya bahawa kita adalah seorang muslim yang terbaik dan pasti akan disegani oleh sekalian makhluk.
Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment