Thursday, 26 January 2017

ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG






Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.

Bismillah..

وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ

Maksudnya : "Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya)."

(Surah Ali `Imraan : ayat 54)

SEJARAH AYAT

Ayat ini diturunkan rentetan daripada kisah Nabi Isa A.S ketika mana menyeru kaumnya kepada agama Islam. Dan ayat ini juga merupakan ancaman kepada orang kafir yang ingkar akan dakwah Nabi Isa A.S kepada mereka.

Mereka merancang untuk menyalib dan membunuh Nabi Isa A.S. Walaubagaimanapun perancangan mereka di hancurkan oleh Allah yang mana dalam ayat yang seterusnya Allah menceritakan bagaimana Allah mematikan dan mengangkat Nabi Isa A.S ke langit sehinggalah Hari Kiamat.

IMPLIKASI

Saudaraku sekalian, kadang-kadang kita mengeluh dengan apa yang berlaku, dan kadang kala berasa putus asa dengan apa yang telah kita lakukan. Segala yang dirancang tidak semuanya menjadi. Maka dimanakah silapnya?

Ketahuilah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia dan tidak sekali-kali menzalimi hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana Dialah yang menciptakan kita. Ajarlah hati untuk selalu bersangka baik pada ketetapan Allah, kerana Dialah sebaik-baik perancang.


كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ 

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al-Baqarah: 216)

KONKLUSI

Dalam apa pun yang kita buat dalam hidup ini, haruslah ada panduan hidup. latihlah diri akan sentiasa tunduk pada yang Maha Esa. sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan sesuatu termasuklah pada segala perancangan yang kita aturkan dalam hidup ini. Ujian Allah tidaklah tertakluk pada satu bahagian shj tetapi ianya meliputi segala aspek kehidupan kita. Mungkin apa yang kita mahukan tidaklah baik bagi kita.

Dekatkan diri kita agar hidup ini penuh dengan keberkatan dan hati senantiasa tenang.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment