PANDUAN YANG BETUL UTK MEROTAN DLM ISLAM.
Pandangan berikut ialah semata-mata panduan daripada sudut fiqh. Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk bagaimana pengasihnya nabi ke atas kanak-kanak, dan juga elemen psikologi yang lain.
1.
Merotan atau memukul dibenarkan
taktala anak mula berumur 10 tahun dengan syarat sudah disuruh selama 3 tahun
sebelum itu.
Sabda Rasulullah SAW:
Suruh anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)
Suruh anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)
2.
Tidak melebihi 3 kali bagi
hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas.
Hadith Abu Hurairah, Sabda Rasulullah SAW: Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud
(Hadith Bukhari).
Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan
melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada
kanak-kanak.
Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan
yang melebihi 3 kali, maka ianya adalah qisas.
3.
Rotan itu tidaklah terlalu keras,
tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan
bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit.
Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah
mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang
tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan
kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda
minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati
pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW
menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras,
Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya.
(al-Muwatta’)
4.
Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih
Shamsuddin al-Anbani:
a) Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.
b) Menjarakkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
c) Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.
5.
Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali
kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)
Sabda Rasulullah SAW: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya (Abu Daud)
6.
Berhenti seketika sekiranya yang
sedang dirotan menyebut nama Allah.
Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut
kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu. (al-Tirmizi)
7.
Jangan merotan dengan penuh emosi kemarahan
Riwayat Abu Bakar: Janganlah menjatuhkan hukuman
sekiranya berada di bawah kawalan emosi marah.
Sekian. Wassalam..
No comments:
Post a Comment